<









To Dé Permatang Budi Zone
















   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30



Akhbar Harian Online





free hit counter

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

Nov 18, 2004
Tumbuhan Akuatik



Posted at 08:28 pm by budididi
Make a comment  

Nov 14, 2004
untuk semua...




Posted at 01:43 am by budididi
Make a comment  

Nov 12, 2004
Eid fitr

ˇAllah Maha Besar, Allah Maha Besar. Tiada Tuhan selain Allah, Allah Maha Besar. Allah Maha Besar dan bagi-Nya segala pujian



PENGERTIAN "IDIL FITRI"


<<<ID>>> Perayaan @ ulang tahun    <<< FITRI >>> Tabiat semula jadi


ID FITR <<< Maksudnya, orang-orang Islam setelah menjalani ibadah puasa selama sebulan disertai dengan ibadah-ibadah lainnya seperti solat Tarawih , bertadarus Al-Quran dan sebagainya. Amalan-amalan ini telah melebur dan membersihkan segala dosa sehingga keadaan diri mereka seolah-olah kembali seperti bayi yang baru lahir.

@ hari kemenangan bagi umat lslam, yang berjaya menundukkan nafsu ammarah sepanjang sebulan Ramadhan. Apabila muncul anak bulan Syawal, diri mereka telah bersih daripada dosa, dan mereka sepatutnya benar-benar menjadi orang yang bertaqwa. Inilah matlamat daripada ibadah puasa.


"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa."
(Al-Baqarah : 183).


[http://www.geocities.com/TheTropics/9316/kadraya15.jpg]

 WALAU DI MANA JUA... SESIAPA JUA... TAKBIR  HARI RAYA.. TETAP MEMBARA DI JIWA
1 SYAWAL 1425H

 


Posted at 03:59 am by budididi
Make a comment  

Nov 8, 2004
Tips Lailatul Qadar

"PESAN JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD S.A.W ADALAH MALAM QADAR BERLAKU PADA SATU MALAM DARIPADA 10 MALAM TERAKHIR (HARI GANJIL) BULAN RAMADHAN.

PETUA OLEH IMAM GHAZALI DAN LAIN-LAIN ULAMAK' UNTUK CARI MENCARI MALAM LAILATUL QADAR

JIKA AWAL RAMADHAN JATUH PADA HARI:

I) AHAD ATAU RABU - MALAM QADAR DIJANGKA AKAN BERLAKU PADA MALAM 29 RAMADHAN

II) ISNIN - MALAM QADAR DIJANGKA AKAN BERLAKU PADA MALAM 21 RAMADHAN

III) SELASA ATAU JUMAAT - MALAM QADAR DIJANGKA AKAN BERLAKU PADA MALAM 27 RAMADHAN

IV) KHAMIS - MALAM QADAR DIJANGKA AKAN BERLAKU PADA MALAM 25 RAMADHAN

V) SABTU - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 23 RAMADHAN.


Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan Lailatul Qadar pada malam yg tepat mengikut petua diatas.

Berdasar petua diatas, inssyallah malam Qadar jatuh pada malam ke 27 ramadhan bersamaan dengan malam selepas siang 9 hb. Nov.2004.
Walau bagaimana pun janganlah ibadat pada malam itu sahaja, beribadatlah pada malam-malam lain juga..malam-malam ganjil lain juga.

Tanda malam Qadar ialah:

1) malam itu tenang tiada dingin tiada panas
2) keesokan paginya chaya matahari warna pucat
3) pada malam itu malikat jibril akan menyalami orang yg beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis terisak-esak secara tiba-tiba

Posted at 01:44 am by budididi
Make a comment  

Nov 1, 2004
LAILATULQADAR

Sesuatu akan turun
pada malam-malam
terakhir 10 Ramadhan
Dia itu!
Dia itu yang akan menjengah
setiap ceruk
mengintai lena yang maksyuk
andai ada
antara yang khusyuk
Dia akan memeluk.

Kemudian Dia itu!
Dialah itu yang akan
membangkitkan sejuta wangi
bagi yang hidup
dalam nyawa tunggal
di gurun waktu
yang sejentik jari
untuk pergi.

Maka akan bertaburlah
bunga-bunga pahala
di atas kepala
pada waktu malam dia datang
untuk bekal pengembaraan sekian
tahun
entah bila akan berlabuh.

Posted at 11:18 pm by budididi
Make a comment  

Oct 30, 2004
Jangan Berputus Asa dari Rahmat Allah

             Allah mempuyai kekuasaan yang tidak terbatas dan mempuyai kasih sayang yang sangat luas. Justeru dengan kekuasaan dan kasih sayangNya itu , Allah melimpahkan rahmat serta nikmat kepada seluruh makhluk dengan tiada ada pengecualian.

Setiap makhluk Tuhan yang banyak jumlahnya itu, setiap saat menerima rahmat dan nikmatNya yang tidak terhingga banyaknya. Lebih-lebih lagi makhluk yg bernama manusia. Boleh dikatakan bahawa seluruh alam ini dicipta Tuhan untuk keperluaan kehidupan manusia.

Sebagai mana yang dijelaskan diatas kita selaku makhluk manusia setiap saat dihujani rahmat dan nikmat yang tidak terhenti-hentinya dari Allah. Sebagai bukti udara yang mengelilingi seluruh tubuh kita yang masuk kedalam tubuh kita hingga kita dapat bernafas  adalah rahmat dan nikmat yang sangat besar nilainya. Chaya matahari yg menyinari seluruh alam, adalah rahmat dan nikmat yang tidak terkira besarnya begitu juga dengan nikmat-nikmat lain.

Nikmat-nikmat yg sangat penting itu, disediakan oleh Allah sebanyak-banyaknya bahkan berlimpah ruah, sehingga tidak satu pun makhluk Allah yang tidak pernah mendapat nikmat-nikmat ini.

Sebenarnya Allah juga berkuasa membuat makanan langsung jadi semuanya, tanpa perlu manusia dan binatang bersusah payah mencarinya. Akan tetapi kalau sekiranya Allah berbuat demikian, maka setiap manusia dan binatang tidak akan pergi kemana-mana, sehingga tidak ada gunanya otak dan pemikirannya. Maka manusia akan menjadi batu yang kaku dan tidak pandai berbuat apa-apa.

Oleh yang demikian, itu semua merupakan kebijaksanaan Allah memberi nikmat sebagaimana yang ada pada saat sekarang yang tujuannya supaya manusia itu berusaha mencari rezeki...maka dengan jalan demikian pula membuatkan manusia itu saling memerlukan antara satu dengan yg lain.

Erti Firman Allah Swt 

"Allah meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi sesiapa yang Dia kehendaki" _ (Ar-Ra'd:26)


Rezeki itu ditentukan atau dibatasi oleh Allah maka akibatnya ada manusia yang merasa banyak mendapat rezeki sehingga menjadi orang yg kaya dan ada pula manusia yang merasa sedikit rezeki sehingga merasa dirinya miskin.

Kesusahan dan kemiskinan ini telah menyebabkan sebahagian manusia menjadi berputus asa sehingga akhirnya menjadi kufur, sebab itu Tuhan memperingatkan kepada manusia supaya jangan terlalu mudah menjadi kufur dengan FirmanNya bermaksud:
"Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat Allah melainkan orang-orang yang kafir"_ (Yusuf:87)

Sifat terlalu cepat berputus asa adalah sifat yang sangat buruk dalam kehidupan manusia. Lebih-lebih lagi jika sifat putus asa itu menimpa generasi muda yang mempuyai waktu hidup didunia ini masih lama. Lebih buruk lagi jika sifat berputus asa itu menimpa seorang ibu ataupun bapa yang mempuyai ramai anak. Sehinggakan dengan berputus asanya itu, menjadikan anak-anaknya hidup dalam keadaan sia-sia. Begitulah seterusnya apa pun peranan setiap manusia itu apa pun golongannya.

DEngan menyakin bahawa Allah maha Kuasa Maha Pengasih dan Penyayang serta menyakin bahawa Allah itu bersifat Rahman dan Rahim adalah merupakan ubat yang paling mujarab bagi manusia untuk menlenyapkan sifat putus asa.

Mengapa kita harus berputus asa kalau kita tahu dan meyakini dengan keimanan bahawa Allah sanggup menciptakan langit dan bumi, sanggup mengatur peredaran semua bintang dan planet....dengan kesanggupan yang tidak terbatas itu..kita tahu , yakin  dan percaya dengan penuh keimanan bahawa Allah juga sanggup melenyapkan segala macam kesusahan dan kesulitan yang sedang kita alami.

Dengan keyakinan seperti ini sesaorang itu akan selalu bertindak dalam kehidupannya menjadi orang yang selalu dikasihi oleh Allah lalu dia akan berikhtiar dengan seluruh tenaga dan fikirannya untuk mencapai cita-cita dan melenyapkan segala kesusahan yang dihadapinya.

UNTUK semua ini sebagai memperingati diri ini agar sentiasa berikhtiar untuk menambah iman didada terhadap Allah , terhadap kasih sayang Allah, terhadap kekuasaan Allah dan terhadap keadilan Allah moga sentiasa berikhtiar dengan seluruh tenaga dan fikiran untuk mencapai cita-cita dan melenyapkan segala kesusahan yang dihadapi.

Pengetahuan, keimanan dan keyakinan yang sumpurna terhadap Allah,terhadap Tuhan Yang Maha Kuasa maka kita hidup dan bekerja untuk mencapai cita-cita dalam kehidupan untuk menghilangkan kesusahan masing-masing...dalam tujuan sebagai memperhambakan diri kepada Allah.

Bila tenaga dan fikiran..kekuatan dan kepandaian yg ada pada diri kita sudah terasa tidak sanggup dan tidak mampu lagi mengatasi kesusahan  atau pun kesulitan ..KITA tidak boleh berputus asa tetapi bermohonlah kepada ALLAH dengan cara bersujud dihadapan Allah bertaubat dan meminta RahmatNya.


Posted at 11:23 pm by budididi
Make a comment  

Oct 24, 2004
Rindu & Cinta al mubarak

Masih tegar dalam ingatan
al mubarak
saat kau menuntun
tanganku pulang
setelah aku jauh tersasar di dunia
yang siang tak bercahaya
dan malam yang kehilangan
segugus bintang.

Seperti seorang ayah
kau mengajar akau mengangkat
kedua-dua tapak tangan kelangit
sambil mengharap aksara doa
melepasi makna dan hakikat
pada malam-malammu
hingga aku merasai
tidurku berselimutkan
haruman narwastu
mimpiku adalah zikir yang telus
zikir yang kudus

Dan takkala hampir subuh
yang hening
mengucapkan salam kepadaku
aku telah menjadi lelaki
yang rindu dan cinta
malam-malam Ramadhan
al mubarak

 


Posted at 03:24 pm by budididi
Make a comment  

Oct 21, 2004
Ramadan Yang Singgah

SEPURNAMA getir tabah
menahan ombak ujian-Nya
ketika angin songsang
dari rahang nafsu
mengemudikan bahtera insani
kita kembali menyucikan peribadi
dengan kerdipan iman
dan luhur ketakwaan
semoga mutiara yang luruh
dari seberkas jiwa yang kudus
adalah manik-manik muhasabah
yang terpancar dari pancaran
istiqamah.

Ramadan yang singgah ini
meluruhkan perca-perca keinsafan
menerangi malam-malam kebesaran
dengan cahaya kebenaran
di halaman mubarak ini
kita abadikan cinta insani
buat Rabbul Izzati.

Posted at 06:02 am by budididi
Make a comment  

Oct 17, 2004
ZIKIR

Zikir menurut pengertian bahasa bererti ingat.
Menurut istilah..Zikir bererti menyebut nama Allah dengan membaca tasbih, tahlil, tahmid atau membaca lafaz-lafaz lain. Pengertian secara khusus zikir adalah ucapan-ucapan yang dilakukan dengan lidah atau mengingati Tuhan dengan hati atau melakukan sesuatu perkerjaan dengan niat kerana Allah. Selanjutnya dengan puji-pujian dan sanjungan dengan sifat-sifat yang sumpurna, sifat-sifat yg menunjukkan kebesaran dan kemurnian Allah s w t.

Zikir mempuyai tiga tingkatan.

1. Zikir dengan lidah.

Zikir dengan lidah ini ialah menyebut nama Allah secara lisan atau mengucapkan kalimah-kalaimah yang berfaedah yg dijanjikan mendapat pahala dan ganjaran dari Allah. Antara lain berdoa, membaca Al Quran atau membaca ilmu-ilmu agama.



2. Zikir hati.

Dimaksudkan dengan zikir hati ialah selalu mengingati Allah dalam hati serta merenungkan akan keagunganNya dengan cara memperhatikan kejadian-kejadian alam persekitaran kemudian menghubungkan dengan kebesaran Allah.



3.Zikir anggota badan.

Zikir anggota ialah menggerakan semua anggota badan untuk mengerjakan pekerjaan-pekerjaan yg diredhori Allah seperti melaksanakan tugas dan tanggung jawab seharian.



Bagi sesaorang muslim yg berzikir kepada Allah maka Allah akan selalu ingatkan kepadanya. Sebagai bukti dalam hadis Qudsi diterangkan yg bermaksud:

"Aku berada dalam sangkaan hamba-hamba Ku kepada Ku. Aku bersamanya ketika ia ingat kepada Ku, Maka jika ia mengingati Ku dalam satu golongan , tentu Aku akan
mengingatinya dalam satu golongan yang lebih baik darinya"    (HR. bukhari & Muslim)


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



 

Posted at 02:55 am by budididi
Comment (1)  

SOLAT TARAWIH

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

***Para ulama telah sepakat mengatakan bahawa hukum melakukan solat Tarawih adalah sunat muakkad iaitu sunat yg dituntut. Ia boleh dilakukan seorang diri baik dirumah atau dimana-mana dan adalah lebih baik dikerjakan secara berjamaah dirumah dengan ahli keluarga atau pun di masjid.

Seperti mana solat-solat yang lain juga, solat Tarawih hendaklah dikerjakan dalam keadaan suci yakin setelah kita berwudhuk dengan sumpurna. Solat ini kita kerjakan selepas solat isyak bersama dua rakaat sunat badiyahnya. Kerana dua rokaat sunat badiyah juga sunat muakat yg hukum melakukannya sama dengan solat sunat Tarawih.

Setelah berdiri betul mengadap kiblat hendaklah kita mantapkan niat di dalam hati kita, bahawa kita hendak melakukan solat sunat Tarawih sebanyak dua rakaat kerana Allah Taala. Ada pun bentuk niat yang perlu kita mantapkan didalam hati ialah:

USALI SUNNATAN TARAWIH RAKAATINILLILAHHITAALA
"Sahaja aku solat sunat Tarawih dua rakaat kerana Allah taala"
(Solat Tarawih hendaklah dilakukan dengan tenang, tidak dengan terburu-buru)

Selesai dua rokaat yg pertama setelah  kita beri salam ..kita bangun semula untuk melakukan solat Tarawih dua rokaat yg kedua. Setelah memberi salam kita berdoa.

Selesai doa kita bangun semula melakukan solat Tarawih dua rakaat yang ketiga.

Selesai solat Tarawih dua rakaat yg ketiga kita bangun semula melanjutkan solat Tarawih dua rakaat yg keempat. Setelah memberi salam kita bangun semula untuk melaksanakan solat Witer sebanyak tiga rakaat dengan satu tahyat dan satu salam.
(Solat Witir elok membaca surah al A'la untuk rakaat pertama..surah al Kafirun untuk rakaat kedua..dan surah al Ikhlash, surah al Falaq serta surah al Nas untuk rakaat yg ketiga.


Selain cara yg disebutkan di atas ada lagi cara lain yg di amalkan oleh masyarakat islam, seperti mengantarai setiap dua rakaat solat itu dengan membaca Selawat dan berbagai bagai lagi cara.

Mengantarai setiap dua rakaat dengan Selawat..biasanya masyarakat islam kita di malaysia amalkan semasa melakukan secara berjamaah di Masjid-masjid.
************************************************************************














Posted at 01:28 am by budididi
Comments (2)  

Next Page